Cuti hari raya haji yang lepas agak lama memandangkan ia jatuh pada hari Isnin.. dan kebetulannya hari Jumaat tersebut merupakan cuti am Hari Malaysia. Jadi kami ambil cuti seminggu. Tahun ni giliran raya haji di kampung saya, Pahang. So, dalam perjalanan ke kampung isteri di Perak, kami bercadang untuk singgah semalaman di Bukit Tinggi.. Kami bercadang untuk menginap di Hotel Colmar Tropicale..
![]() |
| Colmar Tropical Hotel, Bukit Tinggi |
HARI PERTAMA
Kami bertolak dari Pekan Kuala Krau sekitar pukul 10.00 pagi. Perjalanan dari sana ke persimpangan Bukit Tinggi lebih kurang satu setengah jam.. dan pendakian naik ke atas kira-kira 20 minit. Sebelum memasukki kawasan Colmar, pengunjung kekenakan bayaran masuk iaitu sebanyak RM 13 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Bagi yang menginap di sini, bayaran tersebut boleh dikembalikan semula semasa check-out.
Destinasi pertama kami ialah di Japanses village. Ia berkongsepkan perkampungan Jepun dan merupakan salah satu tempat yang harus korang lawati jika ke Bukit Tinggi. Kalau korang nak ke sini.. terutamanya untuk pengunjung yang telah berumur, pastikan tubuh badan sihat dan boleh berjalan jauh kerana ia terletak di atas bukit dan perlu menaiki beberapa puluh anak tangga untuk sampai ke sana.
![]() |
| Perjalananan ke Japanese Village |
Japanese village ini mempunyai lanscape yang menarik.. di kelilingi tumbuh-tumbuhan hijau dan anak sungai. Persekitarannya sangat nyaman dan mendamaikan..
| Di pintu gerbang masuk |
![]() |
| Rimbunan pokok menghijau dan anak sungai |
![]() |
| Di hadapan rumah Jepun |
Di sana juga, para pengujung berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional Jepun. Pakaian ini perlu di sewa dan dikembalikan kira-kira 20 minit kemudian. Selain itu, para pengujung juga boleh mencuba upacara minum teh ala-ala Jepun..
![]() |
| Bergambar dengan pakaian tradisional Jepun |
Setelah puas bersiar-siar di perkampungan Jepun barulah kami menuju ke hotel untuk check-in. Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 1.30 petang.. Alhamdulillah bilik pun dah siap.. Sebelum ke sini, saya telah menempah 2 bedroom suit untuk kami berlima. Tetapi di sebabkan bilik penuh, pihak hotel gantikan dengan 1 bedroom deluxe suite + superior room yang bersambung. Kira memang luas giler bilik kami.. :D
Perut pun dah terasa lapar.. Selepas masuk ke bilik.. cepat2 kami mencari kedai makan di deretan hotel tersebut. Terdapat 6 buah restoran di sana yang mana kebanyakkannya menyediakan makanan ala-ala barat gitu seperti..
* La Cigogne - menyediakan makanan hidangan Perancis
* Le Blason - menyediakan makanan Malaysia antarabangsa
* La Flamme - menyediakan makanan Italy seperti pizza, pasta, dll
*Le Poulet roti - menu utama ayam panggang dengan beberapa menu sampingan
* La Boulangerie - restoran perancis yang menyediakan menu pelbagai roti Perancis
*L'Orient - Restoran yang menyediakan makanan asia
Kami mengambil keoutusan untuk makan pizza je tengahari tu. Setelah selesai makan, sempat kami ronda2 dan bergambar di sekitar kawasannya..
![]() |
| Di sekitar Colmar Tropicale |
Dah puas berjalan.. kaki pun dah lenguh.. baru kami naik ke bilik untuk berehat.. Sebelah petangnya, anak saya mengajak untuk mandi kolam.. Jadi sempat la berendam sekali dengan anak kat situ..
![]() |
| Kolam renang yang disediakan |
Sebelah malamnya, kami cuma berehat dan turun makan di deretan kedai tadi. Selepas makan anak saya yang bongsu dah kepenatan dan terus naik bersama isteri untuk tidur.. Manakala, anak saya yang sulung pula mengajak untuk melihat stage performance sebelum naik ke atas.. Pertunjukkan ini memang diadakan setiap hari mengikut jadual yang telah disediakan.
HARI KEDUA
Pagi tersebut kami bersarapan di hotel yang disediakan. Makanan yang ada biasa je macam hotel-hotel yang lain seperti nasi lemak, mee goreng, roti, salad, kuih muih dan sebagainya.. Kemudian kami menikmati udara pagi di sekitar hotel sebelum check-out..
![]() |
| Di sekitar Colmar Tropical |
Pagi tersebut kami check out agak awal kerana akan meneruskan perjalanan ke Perak. Selepas check out, kami singgah dulu di Animal Park. Ia merupakan sebuah taman peliharaan arnab, rusa dan beberpa jenis haiwan yang lain. Para pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan kepada binatang-binatang yang ada di situ.. Jika tak silap, pengunjung dikenakan bayaran masuk sebanyak Rm 4 seorang dewasa / kanak-kanak..
| Memberi makan rusa |
![]() |
| Bersama arnab |
![]() |
| Di sekitar Animal Park |
Lebih kurang pukul 12 tengahari, kami bergerak meninggalkan Bukit Tinggi. Kami bercadang untuk makan tengahari dalam perjalanan nanti kerana makanan di sini memang agak mahal jika di bandingkan dengan tempat lain.. Mungkin sebab ia agak jauh ke dalam dan tiada kedai-kedai di sekitarnya..
Walaupun agak singkat, namun percutian ini boleh dikatakan menarik dengan binaan bangunan yang agak unit dan suasana persekitaran seolah-olah berada di negara lain. Para pengujung juga ramai yang datang dari luar negara.. Selain daripada menginap di sini, para pengunjung juga boleh datang melawat sahaja tanpa bermalam..
Sedikit Review tentang Hotel Colmar Tropicale
1. Bilik : Memuaskan. Walaupun bagunannya agak lama, namun ia bersih dan kemas.
2. Hotel dan kemudahan: Baik.. cuma agak jauh dari bandar dan tiada kemudahan awam.
3. Makanan: Sedarhana. Kurang tempat makanan yang bersesuaian dengan orang melayu. Harga pun agak mahal..
4. Keseluruhan: Memuaskan. Sesuai untuk datang ke sini untuk melihat suasana yang agak berbeza dan jauh daripada kesibukkan kota.. Namun, kalau dah datang sekali, mungkin agak susah sikit la untuk datang lagi dalam masa yang singkat.. kerana ia agak terpencil dan tidak ada tarikan lain di situ..
















































