Setelah sekian lama blog ini dihasilkan.. rasanya ini entry pertama yang sesuai kot.. hihihi.. Kali ni saya akan cuba ceritakan pengalaman percutian 3 hari 2 malam di Cameron.. Manalah tau kalau ada sesiapa yang nak ke sana.. boleh la review sikit-sikit untuk dijadikan panduan..:)
Sebanarnya dah lama sangat tak ke Cameron ni.. Last pergi lebih dari 10 tahun yang lepas.. Rasanya tentu banyak perubahan yang dah berlaku di sana. Sementara masih ada lagi saki baki cuti sekolah ni, boleh la kami sekeluarga ke sana. Kebetulan lokasinya pula terletak di tengah-tengah perjalanan ke kampuan isteri saya. Kami memilih tarikh percutian 21 hingga 23 Disember.
HARI PERTAMA
Seawal 8.00 pagi sekeluarga telah bersiap-siap untuk ke Cameron. Anak-anak ku begitu teruja dan bersemangat untuk bercuti ke sana.. Kami bertolak lebih kurang pukul 9.00 pagi dari Melaka. Alhamdulillah.. perjalanan agak lancar. Kami sengaja memilih hari Isnin untuk mengurangkan kesesakan jalan raya sempenan cuti sekolah ni.. Dalam sekitar pukul 1.00 kami telah sampai ke Tapah. Kami mengambil keputusan untuk singgah di RnR Tapah untuk makan tengahari, solat zohor dan memenuhkan tangki minyak kereta sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron..
Perjalanan dari Tapah ke Tanah rata mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Destinasi pertama yang kami singgah ialah di Air Terjun Latar Iskandar.. Air terjun ni terletak betul-betul di tepi jalan ke sana..
Memang sesuai singgah di sini untuk meluruskan sedikit badan sambil menikmati keindahan alam.. Cuma yang agak terhad di sini ialah kemudahan untuk parking kereta.. Kereta terpaksa parking di bahu-bahu jalan yang sempit dan agak menghalang lalu lintas..
Destinasi seterusnya sebelum ke hotel.. kami singgah di ladang Teh Cameron Valley. Ladang teh ini juga terletak betul-betul di tepi jalan. Memang cantik pemandangan kebun teh di sini.. Apa lagi berposing sakanlah kami di sini.. hihihi..
Kemudian barulah kami menuju ke hotel.. Kami samapai di hotel lebih kurang pukul 4 petang. Untuk percutian kali ini, kami menginap di La De Fern Hotel.. Alhamdulillah.. cantik hotelnya. Semasa check-in, kami diberitahu bahawa harga bilik tersebut termasuk sarapan dan makan malam.. promosi katanya.. rezeki.. tak tahu pun. patutlah rasa agak mahal juga semasa booking di online dulu.. :)
Setelah check-in kami mengambil keputusan untuk berehat di hotel je.. sebelah malamnya kami dinner di hotel terebut dengan mengabil pakej steam-boat yang diberikan.
HARI KEDUA
Memulakan hari ni dengan breakfast di hotel.. Kami memilih meja di bahagin luar. Menikamati sarapan sambil menghirup udara segar. Ok la juga brekafast di sini dengan menu nasi lemak, mee goreng, roti canai, roti bakar, kuih muih dan beberapa menu lain lagi. Bagi aku masakan di sini sedap dan memuaskan..
Destinasi pertama yang kami pergi ialah ke kebun strawberry di kg setia. Kawasan ni merupakan kawasan penempatan melayu dan terdapat beberapa kebun strawberry berdekatan yang boleh di lawati. Antara yang kami singgah ialah KHM strawberry farm dan YZ agro farm..
![]() |
| di kebun strawberry.. |
Melihat kesegaran buah strawberry.. sempat juga kami menikmati strwaberyy coklat di KHM strawberry farm.. Kami memesan sepiring strawberry untuk merasa. Memang sedap dan manis.. tengok anak ku yang bongsu tu, begitu suka dia..:)
Seterusnya kami melawat pula Lavender Cameron highland. Ia merupakan antara tarikan baru di Cameron. Ia terletak di Tringkap.. dekat kawasan Brinchang. Taman ini mempunyai pelbagai jenis spesis bunga.. Memang rugi kalau datang Cameron tak singgah sini..:)
Taman Lavender ni terletak di atas bukit.. selain daripada pelbagai bunga yang ada, pemandangan dari atas bukit juga agak cantik. Asyik ronda.. tak sedar hari pun dah tengahari. Kami mengambil keputusan untuk makan tengahari di sebuah kedai makanan muslim yang terletak betul-betul di sebelah Taman Lavender. Lebih senang sebab tak perlu nak bawa kereta. Bila perut dah lapar.. memang berselera sungguh makan di sini..:) Di situ juga terdapat kebun bunga dan strawberry.. Sempat jugalah kami mengambil gambar sekeping dua di sini dan mengambil peluang memetik buah strawberry..
Destinasi seterusnya ialah Cactus Point. Di sini terdapat pelabagai jenis caktus dan sesuai untuk mereka yang ingin membeli cactus. Kami cuma singgah sekejap je mengambil beberapa keping gambar sebelum ke destinasi seterusnya..
Sebelum kembali ke hotel.. destinasi kami seterusnya adalah Big Red Strawberry Farm. Tempat ini boleh dikatakan agak terpencil dan jalannya agak kecil. Namun, ia merupakan salah satu tempat yang mesti dikunjungi jika anda ke Cameron.
Selain daripada kebun strawberry dan kebun sayur.. kawasan ini juga terkenal dengan wafer dan ais skrim stwaberry.. Apa lagi.. jom kita minum dulu..:)
Setelah minum petang di sini.. kami kembali semula ke hotel. Merehatkan badan dan mengurut kaki yang lenguh setelah seharian berjalan.. hihihi.. Malam tu, kami makan malam di hotel dengan mengambil pakej dinner set yang disediakan.
HARI KETIGA
Setelah breakfast di hotel.. kami terus mengemas-gemas pakaian untuk check-out. Rasanya belum puas lagi menikmati udara segar di sini.. Antara gambar di perkarangan hotel setelah selesai checo-out..:)
Sebelum pulang kami mengambil keputusan untuk singgah ke dua destinasi lagi. Destinasi pertana ialah Taman Agro Teknologi MARDI. Taman ini berada di kawasan Tanah Rata dan tidak berapa jauh hotel penginapan kami. Di sini terdapat pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan bunga. Ia sebenarnya himpunan kepada tanaman yang ada di Cameron ini. Namun, bagi saya ia tidaklah begitu menarik kerana kebanyakan telah kami lawati.. Di sini sempat juga kami mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan..
Seterusnya kami menuju ke arah Brinchang.. Keadaan jalan pada tengahari tersebut agak sibuk dengan kehadiran kereta yang begitu banyak. Memandangkan keadaan jalan jammed.. kami singgah untuk makan tengahari di Food Court Brincang. Di situ terdapat satu kedai yang menjual masakan melayu. Sebelum meneruskan lagi perjalan.. kami singgah di Pasar Brinchang untuk membeli sedikit ole-ole dari Cameron..
Destinasi terakhir kami ialah Ladang Teh Boh di Sg Palas. Ladang Teh ini terkenal sebagai salah satu tempat penggambaran filem Ombak Rindu. Jalan ke sini agak sempit dan mencabar melalui lereng-lereng bukit.. Ada kalanya, kami terpaksa memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan.. Suasana dan permandangan ladang teh di lereng-lereng bukit ini amat cantik..
Sebelum balik.. kami menikmati secawan dua teh di sini.. Dalam kira-kira pukul 4.30 petang, kami bertolak turun dari Cameron.. Alhamdulillah.. satu percutian keluarga yang amat menarik.. In shaa Allah jika ada kesempatan, boleh la ke sini lagi nanti..:)
Sedikit Review untuk hotel De La Fern
1. Bilik: Memusakan.. kemas dan bersih.
2. Hotel dan kemudahan: Memuaskan.. cantik dan baru.
3. Makanam : Amat memuaskan.. sedap dan banyak pilihan.
4. Keseluruhan: Memuaskan..
































No comments:
Post a Comment